2D1N hanya RM 270 untuk 3 beranak di Cameron Highland

2D1N bawah RM270 untuk 3beranak di Cameron Highlands

👪👪👪👪👪👪👪👪👪👪👪👪👪👪👪👪

Bertolak dari Penang pukul 10
Tiba di Cameron jam 1 lebih (lalu simpang pulai)

😁Tips: Naik MyVi + bawa keperluan yang perlu sahaja. Kereta tak berat, senang nak naik turun bukit.

Tidur di hotel Ar-Rayyan,Tanah Rata (Ada urusan kerja) Harga hotel sebenarnya RM 98 sahaja untuk 1 katil king + 1 katil single ,tapi sebab lambat booking harga naik ke rm138😂

😁Tips: Memang kena cari yang 3 katil, sebab anak tidur memusing. Hotel lengkap dengan towel,sabun,heater, pemanas air,tv astro,plug point pun banyak. Banyak kedai makan kat bawah, banyak buat delivery. Senang🤭

Tapi, kalau yang suka berjalan malam, baik tidur area Brinchang, ada pasar malam. Banyak kedai kedai jual souvenirs.

KEA VALLEY, KEA FARM

Memang syurga bagi penggemar sayur dan bunga.
😁Tips: bila penjual sebut harga, buat muka macam berfikir sikit, nanti dia akan kurangkan harga. Dan pergi awal pagi sikit, masa pelancong tak ramai, memang dapat murah.

Ada tempat bergambar di hujung jalan. Masuk RM1 sahaja bagi dewasa, Kanak Kanak percuma. Cantik, kreatif,kemas, bersih. Sesuai untuk anak kecil dan mak ayah yang suka bergambar.

BUTTERFLY FARM

Tiket masuk RM7 dewasa, RM4 kanak-kanak.
Bagus untuk meransang segala sel sel otak anak. Ada rama-rama(of coz la😋), ular, arnab, angsa,ayam,Kala jengking,katak, serangga pokok, serangga daun. Memang terbaik untuk pengalaman pertama kanak-kanak.

😁Tips: Pakai kasut, tangga curam dan Ada Yang licin. Warga tua tak digalakkan pergi, sebab kena naik turun tangga yang sangat banyak dan ada yang curam.

CAMERON VALLEY TEA

Tempat paling senang untuk tangkap gambar di ladang teh. Tak payah nak daki tinggi sangat sebab ladang sebelah parking lot sahaja. Masuk percuma. Disediakan juga aktiviti ATV.

😁Tips:Pilih tempat yang percuma, yang penting mesra kanak-kanak dan view cantik.

GREEN VIEW GARDEN

Memang MUST GO untuk yang ada anak. Masuk PERCUMA. Banyak sangat aktiviti(tak mahal) yang menarik. Bagi makan arnab, itik, burung,Naik paddle  boat,Quadricyle.(rujuk gambar) Ada lavender farm dalam ni. Strawberry cheese smoothie dia memang sedap sungguh.

😁Tips:Pilih satu aktiviti yang paling anak suka, baru dia tak pilih nak yang lain.

STRAWBERRY CENTRE

Pit stop terakhir sebelum balik. Masuk percuma. Ada plucking strawberry,harga memang paling murah dari yang lain. Disediakan juga tempat bermain indoor kanak-kanak, dan beberapa photobooth yang cantik.

😁Tips: lagi banyak survey tempat,lagi jimat duit Kita.

Total Kos:
RM100 duit minyak keta
RM138 duit hotel
RM20 duit tol

Duit makan dan membeli belah tak dimasukkan sebab taste setiap orang berbeza😉

Bawa anak kecil memang tak mudah, tapi pengalamannya memang best dan berbaloi bila Kita dapat gembirakan mereka.

Cubalah travel dengan anak 😉😉

#cikguninicikgushaklee
#cameronhighland#cuticutimalaysia
#murahcameron
#cameronteaboh
#keavalley#keafarm
#butterflyfarm
#strawberryfarm
#greenviewgarden
#brincang#tanahrata


Comments

Popular Posts