MATEMATIK TAK SUSAH
Pertama kali masuk sekolah baharu ini, sudahlah diberi tugas jadi guru media, lepas tu bagi Cikgu nini ajar kelas belakang Matematik dan Bahasa Melayu.
2 Bulan pertama, memang Cikgu Nini murung sangat sangat. Sampai suami risau sebab selalu nangis masa solat dan mula cakap sorang.
Tetapi lama lama alhamdulillah, alhamdulillah sangat. Cikgu Nini dah dapat hikmah sebenarnya.😆😆😆
Rupanya banyak sangat yang cikgu nini belajar dari mereka.
1)memaafkan Dan melupakan.
Hari ni Cikgu nini marah depa, lepas 5 minit depa dah boleh Mai peluk salam Kita.
2)tak reti pun cuba dulu
Mereka ni majoriti tak boleh baca, apatah lagi mengira. Jadi bila Kita ajar benda baharu, mereka akan Cuba jugak buat. Cuba Cuba Cuba, bila berjaya muka gembira depa Tu, memang priceless 😍😍
3)ajar / kongsi rakan lain
Bila mereka dah faham, mereka secara wiling ajar kawan. Tanpa disuruh, mereka ajar sampai kawan faham pulak Tu. Rasa terharu tengok 😂
Banyak lagi. Cukuplah setakat ni Cikgu nini share. 
Doakan mereka berjaya ya semua😁😁
#cikguninicikgushaklee
#positif
Comments
Post a Comment