BAZAAR MANA HARI INI?
Alhamdulillah, Bulan Ramadhan ini memang bulan rezeki. Memang ramai peniaga baharu dan lama yang mencuba nasib untuk tambah pendapatan.
Kita sebagai pelanggan ini apa kata, dari peniaga yang selalu sahaja sedekah kuih lebih, nasi lebih ke kita, apa kata kali ini kita pula yang sedekah ke mereka😁😁
Tambah yang bawa anak kecil sambil berniaga. Allah, kuat betul kesabaran keluarga ini. Keluarga hebat!!
Tak susah. Sedekah yang diberikan ini bukannya banyak. Contohnya,baki jualan itu dalam RM 1 ke RM5. Apa kata kita halalkan sahaja. Sikit bagi mereka tetapi banyak untuk mereka. Betul tak?😃😃
Tetapi kalau yang mampu sedekah lebih atau kurang daripada contoh Cikgu nini bagi itu terpulang. Kemampuan Kita tak sama.
😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁
Okelah, selamat berbuka semua.
#cikguninicikgushaklee
Comments
Post a Comment